Ketua Pengarang Bernama Terlibat Nahas Jalan Raya Di LPT2

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 6:42 PM

Datuk Zakaria Abdul Wahab

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab terlibat dalam nahas jalan raya di Km 395.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Ajil, di sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Zakaria bersama pemandunya Mior Hasmazi Isa, 47, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Bernama Biro Terengganu.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Perdana yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dalam keadaan hujan lebat sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Proton Perdana itu remuk teruk di bahagian depan dan sebelah kiri bahagian belakang.

Zakaria yang dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan dilaporkan stabil manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Datuk Zakaria Abdul Wahab , LPT 2 , Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan