Budak Tiga Tahun Maut Terkena Batu Terbang

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 8:58 AM

Cermin kereta bahagian hadapan Mohd Faizal rosak teruk akibat batu terbang itu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki mangsa dan keluarganya.

Semasa kejadian Mohd Faizal Selamat, 35, dan keluarganya dalam perjalanan menuju ke kampung halaman mereka di Kota Tinggi pada Jumaat.

Anak lelakinya, Afiq Qayyum, sedang duduk di atas riba isterinya di tempat duduk hadapan manakala dua abangnya duduk di bahagian belakang.

"Ketika itu saya memandu melalui Taman Saujana dan sedang menuju ke Kem Tentera Pulada kira-kira pukul 2 petang.

"Secara tiba-tiba entah dari mana cermin depan kereta pecah. Isteri saya menjerit dan darah keluar dari kepala Afiq," katanya.

Kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan Mohd Faizal menghentikan keretanya dan cuba memanggilnya," katanya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut datang membantu dan menelefon ambulans.

Afiq dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah tetapi disahkan meninggal dunia pagi Sabtu.

Mohd Faizal yang membuat laporan polis berkata beliau tidak pasti dari mana datangnya batu terbang itu.

"Batu itu besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya," katanya.



Tags / Kata Kunci: budak maut , batu terbang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan