Jenayah Komersil Di Pulau Pinang Meningkat - Polis

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 11:18 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Sejumlah 777 kes berkaitan jenayah komersil dilaporkan di Pulau Pinang dari Januari hingga Jun lepas melibatkan kerugian kira-kira RM39 juta.   

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata bilangan kes meningkat sebanyak 112.9 peratus berbanding 365 kes dengan kerugian sebanyak RM100 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.   

"Daripada keseluruhan kes yang dilaporkan, 569 kes melibatkan penipuan,Macau Scam dan African Scam, pecah amanah (110 kes), jenayah siber (29 kes) dan lain-lain.

"Berdasarkan siasatan, jumlah kes meningkat berikutan kesedaran orang ramai untuk membuat laporan polis walaupun ditipu dengan nilai yang kecil dan ia sesuatu yang bagus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil di Mydin Bertam, Sabtu.

Beliau berkata operasi dijalankan secara berterusan di peringkat Ibu PejabatPolis Kontinjen Pulau Pinang dalam usaha membanteras jenayah komersil di negeri ini.

Abdul Ghafar berkata dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya jenayah komersil, pihaknya menjalankan pelbagai kempen, memberi ceramah dan mengedarkan risalah berhubung jenayah itu.

"Sekarang ini sindiket menggunakan pelbagai cara untuk menipu orang ramai antaranya skim cepat kaya, love scam, African scam dan parcel scam. 

"Saya meminta orang ramai supaya berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan sindiket yang sedia ada dan jika didatangi pihak yang cuba menawarkan apa-apa skim mereka diminta membuat laporan polis," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jenayah Komersil Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan