Polis Waspada Ancaman Daesh Sempena Hari Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 9:35 PM

Khalid Abu Bakar (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (tengah) pada majlis Penghargaan Petugas-petugas Persidangan Aseanapol Ke-36 di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Jumaat. Foto: Bernama <

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memandang ringan ancamanmilitan Daesh yang mungkin melakukan kekacauan pada sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.

Beliau berkata PDRM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dan telah membuat perancangan untuk mencegahnya daripada berlaku.

"Kita ada perancangan tersendiri untuk menangani hal ini, tidak perlulah saya ulas perancangan apa yang kami buat bagi sambutan Hari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada petugas Aseanpol ke-36, Jumaat.

Khalid bersyukur dengan kejayaan polis mematahkan rancangan serangan Daesh pada Ambang Merdeka 2016.  Tiga suspek, dua berumur 20 tahun dan seorang lagi 27 tahun, ditahan dalam operasi di ibu negara, Selangor dan Pahang pada 27 dan 29 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Khalid berkata polis telah mengambil keterangan veterantentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkaitan satu perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara, 27 Ogos lalu.

Pada 29 Ogos lepas, Ali Tinju dilaporkan datang ke Ibu Pejabat Polis DaerahDang Wangi di sini dan membantah 'kegagalan' polis menahan kumpulan pelajar yang menganjurkan perhimpunan itu.

"Saya mengesahkan dia (Ali Tinju) telah tampil memberikan keterangan di Bukit Aman pada pukul 3 petang tadi.

"Keterangannya diambil untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun," kata Khalid. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Hari Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan