Tiga Maut, Tiga Parah Dalam Kemalangan Dua Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 12:00 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tiga maut manakala tiga yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM23, Jalan Bahau-Keratong, di sini, malam Khamis.

Dalam kemalangan kira-kira 8.15 malam itu menyebabkan pemandu kereta Proton Perdana, Sha'ri Md Akim, 53, serta pemandu kereta Proton Waja, R. Julie, 34, dan penumpang R. Saniasammah, 58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata tiga yang lain iaitu dua penumpang Proton Waja, P. Rajaispasri, 47, dan K. Srinikha, 6, dan seorang lagi adalah anak Sha'ri, Siti Nur Azreera, 18, mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan lanjut.

"Nahas dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Sha'ri dari arah Bahau ke Muadzam Shah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan. Mangsa kemudian terlanggar kereta dipandu Julie menyebabkan dua kenderaan itu terbabas ke bahu jalan.

"Semasa kejadian kemalangan itu jalan basah akibat hujan," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Jalan Bahau-Keratong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan