Daesh: Polis Perketat Kawalan Sempena Hari Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 2:31 PM

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pihak polis akan memperketat kawalan keselamatan di seluruh negara pada 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia daripada ancaman militan Daesh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan terbabit akan melakukan kekacauan pada hari tersebut setelah cubaan mereka menggugat keselamatan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dipatahkan pihak keselamatan.

"Kita tidak menolak kemungkinan mereka nak tunjuk kehadiran mereka. Mereka boleh merencanakan sesuatu," katanya kepada pemberita pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini Khamis.

Beliau berkata pihaknya sedang memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mencetus gangguan.

"Mereka berada di bawah radar polis dan kita akan bertindak apabila sampai masanya," katanya.

Sebelum ini tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota kumpulan Daesh ditahan kerana cuba melancarkan serangan di ibu negara, Selangor dan Pahang pada malam Ambang Merdeka.

Dalam majlis serah terima tugas itu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Datuk Asri Yusoff menerima tugas selaku  Ketua Polis Kedah yang baharu daripada Datuk Zamri Yahya berkuat kuasa hari ini.

Zamri Yahya pula mengambil tugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman.

Asri, 58, pernah menjadi Timbalan Ketua Polis Kedah dari 2007 hingga 2010 sebelum dinaikkan ke pangkat Deputi Komisioner Polis dan menyandang jawatan  Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman pada 16 Disember 2013.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan