Warga Emas Maut Ketika Buat Pusingan-U

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penunggang motosikal berusia 64 tahun maut selepas mengambil jalan pintas membuat pusingan-U secara 'haram'.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Yeoh Chin Chye maut selepas dialnggar oleh sebuah motosikal ketika sedang membuat pusingan U di simpang di hadapan Balai Polis Bandar Baru Air Itam.

"Perlanggaran itu menyebabkan Yeoh tercampak ke sebatang pokok di pembahagi jalan dan dia meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira pukul 1.45 petang Rabu.

"Bedah siasat menunjukkan Yeoh meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan media.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan