Dikejar Dari Chow Kit Hingga Kajang Sebelum Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan setelah dikejar hampir 50 kilometer dari Jalan Chow Kit di sini hingga plaza tol di Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

Aksi mengejar itu bermula di Lorong Haji Hussein pada pukul 5.15 petang semalam setelah pihak polis mengesan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Pihak polis pada mulanya mengarahkan pemandu kereta itu agar berhenti, tetapi dia terus memecut keretanya ke Jalan Ipoh sebelum memasuki arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan.

"Kami kemudiannya meminta Unit Rondaan Bermotosikal Sentul agar membantu mengejar kereta yang dinaiki tiga lelaki itu di Jalan Ipoh sehingga ke lebuh raya berkenaan," kata kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah ketika dihubungi, Khamis.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan turut cuba melanggar anggota polis bermotosikal sehingga memaksa mereka melepaskan beberapa das tembakan.

Pemandu itu kemudiannya memasuki susur masuk ke Bandar Bukit Mahkota, Kajang sebelum berhenti tidak jauh dari kawasan plaza tol berhampiran, kata Zainol.

"Di situ pihak polis berjaya menahan dua daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

"Dalam kereta itu, kami menjumpai 30 paket disyaki heroin, satu paket dipercayai syabu dan satu lagi paket disyaki ganja," katanya.

Tags / Kata Kunci: Chow Kit , Kajang , Polis

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan