Bapa Adun Ditahan SPRM Bantu Siasatan Kes Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 11:10 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata, selepas menemu bual lelaki berkenaan, SPRM telah menahannya pada jam lebih kurang 10.30 malam.

"Kami telah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selepas membuat siasatan ke rumahnya pada lewat petang tadi," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Katanya, setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan lapan individu tidak termasuk pesara berkenaan, bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, Adun berkenaan akan hadir ke pejabat SPRM pada Jumaat untuk direkod keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, pesara berusia 68 tahun itu hadir ke pejabat SRPM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada jam kira-kira 12.50 tengah hari Khamis bersama-sama anak lelakinya dan seorang peguam untuk lengkapkan siasatan berhubung dakwaan itu.

Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan