Wanita, Anak 3 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 32 Kondo

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 10:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 32 bangunan kediamannya di Kiara Residence 2 di Bukit Jalil di sini, Rabu.

Wanita berusia 23 tahun itu dan anaknya ditemui terbaring di koridor tingkat Satu dalam kejadian kira-kira 2 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan.

"Suaminya yang berusia 28 tahun, seorang ejen hartanah, pernah membawa isterinya mendapatkan rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Mei atau Jun lepas," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Chong berkata sebelum kejadian itu, wanita berkenaan memberitahu suaminya dia mahu membuang sampah ketika mereka sedang bersiap untuk ke Karak, Pahang.

"Ketika sedang mengemas beg, wanita itu memberitahu suaminya dia mahu membuang sampah dengan membawa anaknya bersama.

"Lima minit kemudian, suaminya meminta adik perempuannya mencari isteri dan anaknya di tempat parkir sementara beliau mengemas beg untuk dibawa ke kereta.

"Pada masa itu, dia terdengar bunyi yang kuat dan apabila menjenguk ke bawah dari unit rumahnya di Tingkat Sembilan, dia ternampak isteri dan anaknya dalam keadaan terbaring," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemukan telefon bimbit milik wanita itu di tingkat 32 bangunan berkenaan, yang merupakan kawasan rehat penghuni di situ.

"Kawasan itu dilengkapi cermin setinggi empat meter yang berperanan sebagai penghadang," katanya.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk dibedah siasat. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan