Tahanan Lolos Ketika Dibawa Ke Mahkamah Untuk Direman

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 10:08 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang tahanan yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk direman sempat melarikan diri selepas meloloskan gari pada tangannya dalam kejadian pagi Selasa.

Ketua Polis Dearah Seremban, ACP Mohamad Zaki Harun berkata, tahanan lelaki berusia 32 tahun itu kemudian melarikan diri dengan bantuan rakannya yang sudah sedia menunggu di tepi jalan utama luar perkarangan Mahkamah Majistret Seremban. 

"Kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan telefon daripada anggota polis cawangan pengiring IPD Seremban memaklumkan mengenai kejadian itu. 

“Tahanan ini ditangkap awal pagi semalam atas kesalahan curi kenderaan. Suspek melarikan diri dengan pakaian t-shirt berwarna hitam ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas selesai urusan reman," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Mohamad Zaki berkata ketika kejadian, cuaca hujan dan rakan suspek dikatakan menggunakan baju hujan berwarna kuning dan menaiki motosikal jenis EX5 berwarna merah. 

“Semakan ke atas rekod jenayah lampau didapati suspek kerap kali ditangkap atas kesalahan dadah. Pihak polis telah melancarkan ops tutup bagi mengesan suspek," katanya. 

Beliau berkata, polis meminta sesiapa yang mengetahui atau terjumpa suspek agar menghubungi IPD Seremban atau mana-mana balai polis terdekat. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan