Seleweng Dana RM15 Juta: Tiga Direman Semula

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiga individu yang dibebaskan selepas tahanan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana RM15 juta ke atas mereka berakhir pada Selasa, telah ditahan semula.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan semula di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 4 petang Selasa bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.

Mereka merupakan antara empat individu termasuk seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk yang direman lima hari bermula 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah kebenaran reman sehingga Jumaat ini itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman pada Rabu.

Ketiga-tiga mereka direman semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), kata jurucakap tersebut.

Mereka yang ditahan semula ialah seorang bekas pengarah perolehan sebuah bank dan dua pemilik syarikat penerbitan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan