Cucu Ditembak Datuk Kini Stabil

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 2:13 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Kanak-kanak yang cedera terkena tembakan datuknya selepas disangka kera, di Kampung Mawai Baru, dekat sini kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah, Supt Rahmat Othman berkata, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu dalam keadaan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru.

"Pasukan perubatan hospital mengeluarkan 16 serpihan peluru dari badan dan kepala mangsa selepas dia dikejarkan ke HSA akibat kecederaan yang dialaminya.

"Kami percaya mangsa akan sembuh daripada kecederaan yang dialaminya selepas menjalani rawatan di hospital," katanya kepada The Star pada Rabu.

Dilaporkan bahawa budak lelaki itu ditembak selepas datuknya melepaskan tembakan ke arah beberapa monyet liar yang mengganas di dusun buah-buahan di Kampung Mawai Baru kira-kira pukul 9.10 pada Selasa.

Dia membawa bersama senapang dua laras semasa memeriksa kebun yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Supt Rahmat berkata, polis telah mengambil keterangan dari datuk berusia 79 tahun itu.

"Kami masih menunggu laporan forensik dan juga laporan perubatan berkaitan dengan kejadian itu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan