Polis Bongkar Kegiatan Penjualan Dadah Di Tasik Kenyir

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 9:32 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Polis berjaya membongkar kegiatan penjualan dadah di kawasan peranginan Tasik Kenyir dekat sini selepas menahan seorang buruh di sebuah rumah bot, di Jeti Tok Lawit di tasik itu Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu ASP Mohd Haki Hasbullah berkata lelaki berumur 32 tahun berasal dari Permaisuri, Setiu itu diberkas kira-kira pukul 11 pagi ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis.

"Hasil pemeriksaan di badan mangsa kami menjumpai 19 biji pil dipercayai pil kuda dan dua botol plastik lutsinar dipercayai dadah heroin yang disorokkan di dalam sebuah beg, dan kesemua dadah bernilai RM10,000," katanya dalam sidang media, di sini Selasa.

Katanya serbuan di rumah bot itu dilakukan hasil risikan sejak sebulan lepas dan suspek dipercayai menyasarkan para pekerja rumah bot di kawasan tasik itu untuk menjual dadah yang dipercayai diperoleh dari negara jiran.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang positif dadah jenis methamphetamine telah menjadikan jeti pengusaha rumah bot sebagai tempat pengedaran dadah sejak setahun lalu.

Suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah direman sehingga 5 September ini untuk siasatan, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tasik Kenyir , penjualan dadah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan