Datuk Tertembak Cucu Kerana Disangka Kera - Berita Jenayah | mStar

Datuk Tertembak Cucu Kerana Disangka Kera

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang cucu cedera parah selepas datuknya tertembak kanak-kanak berusia 10 tahun itu yang disangka kera.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.10 pagi di sebuah kebun dekat Kampung Mawai Baru di sini.

Budak itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Polis telah menahan datuk mangsa yang berusia 79 tahun dan merampas senapang yang digunakan bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.



Tags / Kata Kunci: datuk , tertembak , cucu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan