'Geng Amir' Samun Kedai Emas Tumpas

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Berpakaian wanita, berjubah dan berpurdah itu antara modus operandi yang digunakan sepasang kembar seiras lelaki berumur 26 tahun bagi melakukan jenayah samun kedai emas di sekitar Dungun sejak minggu lalu.

Kegiatan jenayah pasangan kembar atau lebih dikenali sebagai Geng Amir itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan pihak polis selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Teluk Kalong, Kemaman, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata  kedua-dua suspek yang berasal dari Cheras ini dipercayai menjadikan kedai emas milik penduduk tempatan sebagai sasaran mereka menjalankan kegiatan berkenaan.

Katanya, pada 20 dan 25 Ogos lalu kedua-dua suspek cuba melakukan samun di dua kedai emas di Dungun sekitar 8 pagi namun tidak berhasil.

"Suspek memakai pakaian seperti wanita dengan berjubah dan berpurdah sebelum mengeluarkan pistol tiruan untuk mengugut mangsa sebelum melarikan diri menggunakan kereta Perodua Viva putih," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Berdasarkan maklumat orang awam, katanya polis berjaya mengesan kereta berkenaan pada kira-kira 4 petang di Bukit Kuang dan berlakunya insiden kejar mengejar yang menyebabkan kereta yang dinaiki suspek terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Teluk Kalong.

Katanya, hasil pemeriksaan ke dalam kereta berkenaan pihaknya menemui pelbagai peralatan termasuk tukul besi, jubah, purdah, rambut palsu, pistol tiruan, kuku besi serta pisau yang dipercayai digunakan untuk menyamun.

"Suspek juga menggunakan kad pengenalan palsu yang diperoleh dari negara jiran bagi mengelak identiti mereka dikenali. Wan Abd Aziz berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan dua beradik ini terlibat dalam hutang along dan melakukan kegiatan ini bagi melunaskan hutang mereka.

"Hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua beradik ini baru pulang dari Australia dan melakukan kegiatan tersebut untuk menjelaskan hutang," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 393 Kerana Cubaan Samun dan Seksyen 25 (1)(e) peraturan pendaftaran negara 1990 kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Geng Amir , kembar seiras , rompak kedai emas

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan