Edar Syabu Dalam Kotak Minuman, Tiga Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 9:12 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Likas Square di sini Sabtu lepas kerana dipercayai cuba mengedar syabu di dalam kotak minuman.

Mereka ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu kira-kira 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata kotak minuman itu ditemukan pada wanita berkenaan yang di dalamnya terdapat satu beg plastik yang mengandungi enam paket plastik berisi syabu, katanya.

Dadah berkenaan dianggarkan seberat 304.44 gram dan bernilai RM39,000.

Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Toyota Vios, Perodua Myvi, seutas jam tangan dan dua bentuk cincin emas.

Mereka kini direman sehingga 3 Sept dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.


Tags / Kata Kunci: syabu , M. Chandra , kotak minuman

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan