Bank Di Ipoh Terima Panggilan Bom Palsu

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah bank di Jalan Seenivasagam di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya menerima panggilan palsu yang mendakwa bom akan dipasang di bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata seorang kakitangan wanita bank tersebut menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 pagi ini daripada seorang lelaki yang bertutur dalam bahasa Melayu.

"Polis terima maklumat kejadian pada pukul 12.06 tengah hari. Anggota Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan serta forensik melakukan siasatan di seluruh bahagian bangunan tujuh tingkat itu, namun tidak menemui sebarang bahan letupan.

"Ia merupakan berita palsu yang dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, bank terbabit yang mempunyai kira-kira 80 kakitangan dibuka semula selepas satu jam setengah pemeriksaan dijalankan.

Sum berkata polis akan menjalankan siasatan untuk mengesan individu terbabit yang cuba mencetuskan keresahan dan ketakutan orang menerusi panggilan itu.

"Panggilan itu kena semak dahulu kerana sekarang ini banyak jenis panggilan yang boleh dibuat termasuk menerusi komputer," katanya, dan menambah, kakitangan bank berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru.

Beliau berkata kes ugutan bom itu adalah yang pertama di Perak setakat tahun ini dan beliau meminta orang ramai agar tidak membuat panggilan palsu kerana ia akan mendatangkan masalah kepada orang awam.

"Berikutan kejadian itu, peniaga yang menjalankan perniagaan berhampiran bank tersebut terpaksa menutup premis, ia sekali gus merugikan perniagaan mereka," katanya.
Tags / Kata Kunci: bom palsu , panggilan bom , bank Ipoh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan