SPRM Tahan Pegawai Imigresen Didakwa Rasuah

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 5:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai imigresen yang didakwa meminta rasuah RM8,000 daripada seorang kontraktor.

Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah berkata, pegawai lelaki berusia 30-an itu ditahan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini dua hari lalu selepas menerima aduan daripada kontraktor itu pada hari sama.

Kontraktor itu dalam aduannya mendakwa pegawai itu meminta suapan sebagai balasan untuk tidak menahan antara 20 hingga 30 pekerja asing di tapak binaan
lencongan banjir Kampung Wai, Kuala Perlis, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Yaacop berkata, SPRM turut menahan seorang juruteknik lelaki sebuah kilang di sini juga berusia 30-an yang disyaki terlibat sama meminta suapan itu.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu reman tiga hari bermula semalam untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan