Lima Sekeluarga Maut Nahas Di Lahad Datu

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 10:56 PM

Foto twitter @NST_Online

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Lima sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km 41, Jalan Tungku-Lahad Datu petang Ahad.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataannya berkata, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Mazlan Muhamad Usof, 33, dan isterinya Nurijah Bkorah, 32.

Turut maut ialah tiga orang anak mereka iaitu Muhammad Eznur Shahziman, 6, Nurul Suerah, 4, dan bayi perempuan berumur satu bulan.

Seorang lagi anak perempuan pasangan berkenaan yang dikenali sebagai Zuelah, 7, cedera dan sedang dirawat di hospital.

Menurut kenyataan berkenaan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.59 petang sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota bomba ke lokasi kejadian. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan