Individu Sebabkan Restoran Nasi Kandar Rugi Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang disyaki membuat kecoh di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jelutong yang dikatakan menyebabkan restoran itu rugi hingga RM7,000 ditahan.

Lelaki berusia 48 tahun dan mempunyai tiga rekod jenayah itu ditahan ketika dia dirawat di Hospital Pulau Pinang pada pukul 10.35 malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, kejadian berlaku tengah malam Khamis lepas apabila dua pelanggan dilapor membuat kecoh di restoran berkenaan ketika mahu membuat bayaran makanan mereka. 

"Mereka dilapor merampas mesin mengira wang dan menghempaskannya ke atas lantai apabila juruwang enggan memberikan mereka duit yang diminta, sebelum mereka menumbuk cermin tempat menyimpan makanan sehingga pecah menyebabkan tangan mereka berdarah," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, mereka didapati dalam keadaan mabuk. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan