Kenalan FB Ugut Sebar Gambar Bogel

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu keseronokan akhirnya bertukar menjadi penyesalan apabila seorang lelaki diugut oleh seorang rakan yang dikenalinya dalam talian.

Lelaki berusia 35 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai David Liong berkata beliau telah berhubung dengan John Lee, 24, yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang model sambilan, di Facebook.

Liong berkata, kejadian itu berlaku pada 23 Ogos lalu.

Keesokan harinya, kira-kira jam 1.30 pagi, Liong dan Lee telah berhubung menerusi panggilan video Skype.

Perbualan mereka telah bertukar kepada unsur seksual apabila Lee mula menanggalkan pakaiannya di depan kamera dan dia memujuk Liong melakukan perkara yang sama.

Pada tengah hari pada hari yang sama, Liong menerima mesej melalui Facebook daripada Lee yang berkata 
'saya ada satu kejutan untuk awak'.

Malangnya, 'kejutan' itu adalah gambar paparan skrin Liong sedang berbogel ketika perbualan video mereka sebelum itu.

Liong berkata Lee mengugutnya untuk memberikan video itu kepada rakan-rakan dan keluarganya jika dia tidak membayar RM5,000 melalui pemindahan Western Union.

"Selepas gambar itu dihantar, dia menghantar mesej 'anda tahu apa yang perlu dilakukan'," kata Liong.

Untuk membuktikan ugutannya itu bukan main-main, Lee juga menghantar gambar paparan skrin profil kawan-kawan Facebook Liong untuk menunjukkan bahawa hidupnya dapat dibinasakan hanya dengan satu butang.

Liong kemudian mendapatkan bantuan daripada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

Chong berkata lelaki terbabit sering mendesak Liong, bertanyakan tentang wang dengan menghantar mesej setengah jam sekali.

Beliau menambah bahawa laporan polis belum dibuat dan beliau dan Liong bersetuju bahawa tidak ada wang akan dibayar kepada lelaki terbabit.

"Saya mahu lebih ramai orang tampil ke hadapan. Anda tidak boleh berjuang bersendirian," kata Chong, yang mendedahkan bahawa beliau sudah mempunyai tiga kes lain yang hampir serupa tahun ini.

Liong, yang memakai topi besbol dan cermin mata hitam, hadir pada sidang akhbar, Khamis untuk memaklumkan tentang kesnya.

"Apabila anda buta disebabkan emosi, anda akan membuat kesilapan," kata Liong.
Tags / Kata Kunci: gambar bogel , kenalan FB , David Liong

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan