Jenazah Tiga Sekeluarga Dibunuh Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 1:39 PM

Anggota polis mengangkat mayat satu daripada tiga sekeluarga yang ditemukan mati dipercayai akibat dibunuh di rumah mereka di Kampung Bertam Malim, Khamis.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim di sini, kira-kira 11.30 pagi Jumaat.

Lebih 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan orang ramai hadir pada upacara pengebumian jenazah pasangan suami isteri, Hassan A.Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhammad, Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan beberapa pemimpin masyarakat di negeri itu.

Suasana pilu menyelubungi mereka yang berada di tanah perkuburan itu yang ketika itu hujan lebat.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Faizin, Kampung Bertam Malim di sini dari Hospital Melaka untuk disembahyangkan kira-kira 10.30 pagi diimamkan oleh imam masjid berkenaan Rashid Mohd Yusof.

Tiga sekeluarga itu dibunuh dalam kejadian di Kampung Bertam Malim di sini kira-kira 6.30 pagi semalam dan suspek telah ditahan polis di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi semalam.

Dua lagi anak pasangan itu, Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, turut cedera parah dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Melaka.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bertam Malim , Muhammad Taufeq , anak angkat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan