Mayat Wanita Ditemui Dalam Bagasi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 11:31 PM

ACP Mohd Yusoff Mamat menunjukkan gambar bagasi dan mayat wanita.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mayat wanita yang sudah reput dijumpai dalamsebuah bagasi beroda yang tersangkut pada perangkap sampah Sungai Klang di Jalan Harper, Bandar Baru Klang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata ia ditemui seorang pekerja pembersihan pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Beliau berkata bagasi mengandungi mayat yang tiada pengenalan diri itu disyaki dibuang di tempat lain sebelum dihanyutkan sehingga ke perangkap sampah berkenaan.

"Mayat wanita itu ditemui memakai singlet dan berskirt labuh warna hijau. Dia juga memakai pendakap gigi, berkulit cerah dan berambut panjang keperangan hingga ke paras bahu," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Katanya anggota badan wanita berkenaan diikat rapat disyaki untuk dimuatkan ke dalam bagasi berwarna hitam itu.

Mangsa berketinggian 157sm dengan anggaran berat 50 kilogram dan dianggarkan berusia dalam 30-an.

Mohd Yusoff berkata mangsa dipercayai seorang warga tempatan berikutan terdapat kesan suntikan BCG pada lengan kirinya dan pemeriksaan lanjut menemui bekas jahitan 'caesarean' di perut. 

Hasil bedah siasat di Hospital Shah Alam menunjukkan tiada kesan tikaman, tetakan atau luka dan tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh kerana keadaan mayat yang reput dan sukar diperiksa.

Mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, ASP Ahmad Osman di talian012-6794297.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mayat wanita dalam bagasi

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan