Suspek Cabul Serah Diri Di Balai Polis Dungun

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 7:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Remaja lelaki yang dipercayai mencabul seorang murid tahun dua di sebuah sekolah di Dungun Isnin lalu tampil menyerah diri petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Daerah Dungun kira-kira 4.15 petang.

"Kami menahan suspek dan bapa suspek sendiri tampil menyerahkan anaknya dibalai," katanya dalam kenyataan.

Isnin lalu seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di Dungun dipercayai dicabul dalam stor di sekolahnya oleh individu yang tidak dikenali kira-kira 1.30 tengah hari.

Hasil pemeriksaan rakaman CCTV mendapati suspek berjalan melalui blok bangunan sekolah tersebut seorang diri dan mangsa mengecam suspek melalui rakaman CCTV berkenaan. 

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes berkenaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Suspek Cabul , Murid Tahun Dua

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan