SPRM Kesan Taktik Baharu Sindiket Curi Kayu Balak

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 8:04 PM

Mohamad Jamidan Abdullah

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan taktik baharu sindiket mencuri kayu balak dengan menebang dan mengeluarkan pokok dari hutan pada hari sama bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM,  Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata sindiket yang terlibat tidak lagi membina kem khusus sebagai pusat pengumpulan kayu sebaliknya bertindak menghantar balak yang dicuri terus ke kilang untuk diproses pada hari sama ia ditebang.

"Jika dahulu, mereka tebang dan kumpul setempat kayu balak yang dicuri. Jika sindiket dengar ada operasi dijalankan, mereka akan tanam kayu balak bagi mengelak ia dirampas oleh pihak berkuasa.

"Namun kini mereka menukar modus operandi dengan menebang dan mengeluarkan kayu balak pada hari yang sama sebelum dihantar ke kilang kayu untuk diproses,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Intergriti Mengenai Penyahutanan Bagi Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) pada Khamis.

Seminar dua hari yang bermula semalam itu disertai kira-kira 150 peserta termasuk kalangan Orang Asli dan turut dihadiri Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof dan Pengarah The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel.

Mohamad Jamidan berkata sindiket berkenaan juga beroperasi dari negeri yang berbeza bagi mengelirukan pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka.

"Sebagai contoh kayu balak curi yang ditebang di Bentong, Pahang akan terus dihantar ke kilang memproses kayu di Serdang, Selangor," katanya.

Katanya bagi menangani masalah tersebut, SPRM telah melatih sekumpulan pegawai sebagai 'pakar perhutanan' bagi mengesan kawasan hutan yang ditebang tanpa kebenaran daripada mana-mana kerajaan negeri.

"Perkara ini perlu dibendung kerana ia bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan hasil hutan terutama kayu balak, malah ia turut membawa kepada kecurian hasil bumi seperti emas dan bauksit," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Kayu Balak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan