Senjata Api Milik 'Datuk' Suspek Bunuh Bill Kayong Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis merampas tujuh senjata api milik seorang 'Datuk' yang juga disyaki dalang utama pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, rampasan sepucuk pistol jenama Glock, sepucuk rifle jenama Ruger Ranch Rifle .223 dan lima senapang patah dilakukan mulai 10.40 pagi hingga 12 tengah hari Rabu.

"Senjata api yang dirampas ini tiada kaitan dengan kes pembunuhan Bill Kayong pada 21 Jun lalu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Dev berkata, rampasan senjata api berkenaan dibuat di kediaman 'Datuk' berusia 45 tahun itu di sini. 

"Turut dirampas ialah 416 butir peluru, 206 peluru senapang patah dan sebutir peluru GFL 9MM Luger," katanya.

Beliau berkata, dua pistol yang dirampas itu dimiliki oleh 'Datuk' berkenaan untuk keselamatan diri dan lesen dikeluarkan oleh polis manakala lima senapang patah untuk digunakan oleh polis bantuan dengan lesen dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Miri.

"Tujuan kita merampas senjata api itu atas faktor keselamatan memandangkan suspek telah menghilangkan diri sejak 3 Julai 2016 dan tiada kawalan ke atas pemiliknya," katanya sambil menambah polis masih menunggu maklumat Interpol berkaitan lokasi terkini suspek yang dipercayai masih berada di Australia.

Dev berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor sedang dalam proses membatalkan lesen dua senjata api yang dikeluarkan polis iaitu sepucuk pistol jenama Glock dan sepucuk rifle jenama Ruger Ranch Rifle.

"Polis akan menulis surat kepada Pejabat Daerah Miri untuk membatalkan lesen lima senapang patah," katanya.

Mengenai senapang patah yang digunakan untuk membunuh Bill Kayong, beliau berkata, polis masih menunggu keputusan daripada Jabatan Forensik kerana ia tidak mempunyai nombor siri untuk menentukan sama ada senjata itu buatan sendiri atau senjata lama. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan