Klip Video: Namewee Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyanyi rap kontroversi yang menghasilkan klip video di sebuah masjid di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Namewee yang didakwa menghina Islam dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman empat hari berakhir pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata penyanyi berusia 33 tahun itu dibebaskan sementara menunggu arahan lanjut daripada pejabat Peguam Negara. 

Terdahulu, peguam yang mewakili penyanyi itu T. Tharuma memberitahu pemberita Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Ahmad Tajudin Zaini telah menolak permohonan polis untuk menyambung reman anak guamnya. 

Tharuma berkata beliau telah memohon kepada mahkamah untuk membebaskan anak guamnya. 

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee tiba di Bahagian Reman pada pukul 11.34 pagi dan keluar dari bahagian itu kira-kira 30 minit kemudian.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani.

Isnin lepas penyanyi itu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes klip video berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada Ahad lalu Namewee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada pukul 3.30 petang. 

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam. 

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan membuat laporan polis. 

Tags / Kata Kunci: Namewee , Wee Meng Chee

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan