Bunuh Tiga Sekeluarga: Mangsa Dalam Persiapan Ke Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 6:13 PM

Anggota polis mengangkat mayat satu daripada tiga sekeluarga yang ditemukan mati dipercayai akibat dibunuh di rumah mereka di Kampung Bertam Malim, Khamis.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Noorhaslinda Diyana Hassan, 26, seorang daripada mangsa yang cedera dalam kejadian bunuh tiga sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik lelakinya di Kampung Bertam Malim di sini awal pagi Khamis, sedang dalam persediaan untuk berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi.

Menurut ibu saudara mangsa Mariani Baharin, 53, Noorhaslinda Diyana jururawat bilik pembedahan di sebuah hospital swasta di Bandar Hilir di sini, berhasrat untuk bekerja di Arab Saudi untuk membantu keluarga dan menimba pengalaman di negara itu.

Mariani berkata, beliau tidak menyangka kejadian berkenaan akan menimpa keluarga berkenaan yang mengakibatkan kematian kakaknya, Maria Baharin, 62;abang iparnya Hassan Wahab, 70, dan anak saudaranya, Mohammad Taufeq, 22.

"Kami tidak sangka kejadian ini akan menimpa keluarga kami. Linda (Noorhaslinda Diyana) tengah buat persiapan ke Arab Saudi. Visa ke sana masih dalam proses dan dia dijangka berlepas dalam Oktober ini," katanya kepada Bernama ketika ditemu bual di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka disini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi tadi seorang suspek lelaki berusia 26 tahun dipercayai anak angkat Maria, turut mencederakan adik Noorhaslinda Diyana iaitu Nur Aqiedah Aeina, 24, dan neneknya Siti Khatijah Mohamed, 79.

Suspek ditahan Polis Melaka di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi tadi.

Setakat berita ini ditulis, Noorhaslinda Diyana sedang mendapatkan rawatan di 'zon merah' Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka manakala Nur Aqiedah Aeina sedang menjalani pembedahan.

Mariani yang juga seorang suri rumah berkata mereka amat terkejut apabila dimaklumkan dengan kejadian berkenaan yang dilakukan seorang lelaki yang dijaga kakaknya, Maria sejak kecil.

Beliau berkata dia dan keluarga yang tinggal di Keramat, Kuala Lumpur menerima panggilan telefon daripada abangnya yang tinggal di Sabah berhubung kejadian itu kira-kira 7.30 pagi tKhamis sebelum bergegas ke Hospital Melaka.

"Kami dimaklumkan ada antara keluarga dikelar tapi tidak tahu keadaan sebenar mereka. Kami berdoa sepanjang perjalanan agar tiada apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, sepupu mangsa Lina Arina Mohamad A'fifi, 26, berkata suspek yang tinggal di rumah keluarga berkenaan disifatkan sebagai seorang yang murung dan sering menyendiri.

Lina Arina berkata suspek yang pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney disini dan sering bertukar pekerjaan.

"Kami tahu dia ambil dadah (jenis ganja) sebab pernah terbau walaupun tidak pernah melihatnya. Dia juga boleh duduk berjam-jam di dalam tandas," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun lelaki berkenaan tidak pernah bertindak agresif atau mencederakan mana-mana anggota keluarga mereka sebelum ini.

Sementara itu, seorang lagi sepupu Noorhaslinda Diyana, Lina Ainaa Mohamad A'fifi, 21, berkata adik mangsa, Mohammad Taufeq yang maut dalam kejadian itu merupakan pelajar jurusan perniagaan di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dan sedang bercuti semester.

"Kami juga tidak menyangka Taufeq ada di rumah semasa kejadian dan meninggal dunia akibat insiden berkenaan," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bunuh Tiga Sekeluarga

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan