Polis Buru Dua Individu Lari Kereta Bersama Kanak-Kanak Di Dalamnya

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 12:53 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pihak polis sedang memburu dua lelaki yang melarikan sebuah kereta yang terdapat seorang kanak-kanak di dalamnya di Taman Melodies di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata setakat ini pihaknya percaya kejadian itu bukan bermotifkan culik tetapi kes mencuri kenderaan jenis BMW 740i tersebut.

"Budak lelaki berumur enam tahun terbabit kemudiannya ditinggalkan beberapa jam selepas dia dilarikan. Tiada wang tebusan diminta kedua-dua suspek.

"Kita merasakan mereka mahu kereta itu sahaja, namun kereta itu pun ditinggalkan. Ini mungkin disebabkan banyak kenderaan sekarang yang dilengkapi alat teknologi moden seperti butang untuk menghidup dan mematikan enjin. Jadi kalau kita tidak memiliki kunci kenderaan, maka enjin kenderaan itu tidak boleh dihidupkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pasukan forensik sudah memeriksa kereta itu dan mendapati hanya terdapat sedikit kesan kemek pada bahagian belakang kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian itu, pihak polis menerima laporan mengenai sebuah kereta yang terdapat kanak-kanak di dalamnya telah dilarikan dua individu.

Kanak-kanak berkenaan kemudiannya ditemukan orang ramai di kawasan taman permainan kanak-kanak di Teluk Danga pada tengah malam hari kejadian sementara kereta itu ditemukan dua hari kemudian di Skudai.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan