Warga Emas Maut Motosikal Dilanggar Pemandu Kereta Adun

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 1:16 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dekat Batu Pahat pada Selasa.

Kemalangan berlaku di Kilometer 142, Jalan Johor Baharu-Melaka, Parit Sempadan Semerah dekat Batu Pahat kira-kira 6.40 petang yang mengakibatkan Hasnan Ganon, 72, dari Kampung Parit Sempadan, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu berlaku ketika Hasnan yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS sedang dari arah Batu Pahat menghala ke Semerah.

Menurut laporan awal, Hasnan berhenti untuk membelok ke kanan simpang jalan apabila sebuah kereta jenis BMW X5 dari arah yang sama terlanggar motosikalnya.

"Pemandu berumur 39 tahun itu melanggar belakang motosikal Hasnan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Abdul Wahib berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis menahan sementara pemandu lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik itu bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan.

Katanya, ketika kejadian, pemandu itu hanya berseorangan tanpa ADUN itu di dalam kereta berkenaan.

Polis, katanya, sedang menyiasat lebih lanjut mengenai kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Adun , Johor , Batu Pahat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan