Hasrat Raikan Hari Lahir Nenek Dan Cucu Merdeka Serentak Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 12:03 PM

Abdullah Bacha, 71 bersama cucunya Nur Raisha Rania Mohd Haikal.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Impian seorang suami, Abdullah Bacha untuk meraikan hari lahir isteri serentak dengan cucu pada 31 Ogos ini, kerana kedua-duanya 'anak merdeka', tidak kesampaian.

Isteri Abdulllah, Rahimah By Hanifa yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat menderita sakit buah pinggang sejak dua tahun lalu.

Seorang daripada cucu mereka, Nur Raisha Rania Mohd Haikal, lahir 31 Ogos tahun lepas.

"Sehari sebelum isteri saya meninggal, dia dalam keadaan baik sahaja berborak dengan sahabat handai yang datang menziarah rumah selepas mak mentua saya meninggal dunia.

"Sudah takdir, isteri saya dijemput Ilahi hanya sehari selepas mak mentua saya Sumai Othman, 90, meninggal," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Cecily di sini baru-baru ini.

Rahimah By merupakan seorang daripada 12 anak merdeka di daerah Hilir Perak yang bukan sahaja lahir pada 31 Ogos, tetapi turut berkongsi tahun sama laungan merdeka Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj iaitu pada 1957.

Menurut Abdullah, 71, pada 31 Ogos setiap tahun mereka sekeluarga akan mengadakan kenduri kesyukuran bagi menyambut dua kegembiraan serentak iaitu ulang tahun kelahiran Rahimah dan Hari Kebangsaan.

Perkongsian hidup selama 40 tahun Abdullah dan arwah Rahimah By telah dikurniakan 16 anak, lapan perempuan dan lapan lelaki serta sembilan cucu.

Nur Raisha Rania, cucu merdeka yang sepatutnya menyambut usia setahun dengan neneknya.

Ibu Nur Raisha Rania, Noraida Abdullah, 27, berkata beliau gembira kerana anak sulungnya dilahirkan pada tarikh yang sangat bermakna buat rakyat Malaysia, dan lebih menggembirakan ia sama seperti arwah ibunya.

"Saya percaya bila anak saya membesar nanti, beliau akan berasa bertuah dan bangga dengan tarikh lahirnya iaitu pada 31 Ogos dan moga dia akan menjadi insan berguna buat negara" katanya yang bekerja sebagai jururawat. 

Tags / Kata Kunci: Merdeka , Hari Kebangsaan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan