Remaja Perempuan Dipercayai Diculik Di Lembah Keramat

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai diculik dua lelaki di persimpangan Jalan AU 5C/7, Taman Lembah Keramat di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata remaja berumur  lingkungan 15 tahun itu yang memakai seluar jeans dan bertudung merah dikatakan ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua berwarna putih.


Beliau berkata pihak polis menerima laporan kejadian itu daripada penduduk setempat yang menyaksikan kejadian tersebut kira-kira 9.50 pagi.

"Kita masih menyiasat kejadian ini sama ada ia bermotifkan culik atau sebaliknya. Ini kerana kita belum terima sebarang laporan mengenai kehilangan ahli keluarga dari mana-mana pihak," katanya.

Seorang penduduk Samsiah Osman, 74, beliau sedang membersihkan halaman rumahnya apabila terdengar jeritan seorang remaja perempuan meminta tolong.

"Waktu itu saya berada di halaman rumah saya apabila sebuah kereta putih dipercayai jenis Produa Myvi atau Viva berhenti secara tiba-tiba di tepi rumah saya.

"Selepas itu tiba-tiba saya dengar seorang budak perempuan berumur lingkungan 15 tahun yang memakai tudung merah menjerit meminta tolong apabila dia ditarik masuk ke bahagian tempat duduk belakang kereta itu oleh seorang lelaki," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat dua lelaki di dalam kereta itu termasuk pemandunya.

"Apabila saya hendak keluar untuk melihat dengan lebih jelas, kereta warna putih itu telah memecut laju," kata Samsiah.

Seorang lagi penduduk Othman Mohamad, 32, berkata kereta itu dipercayai masuk ke kawasan taman berkenaan melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Kereta itu berkemungkinan datang dari arah MRR2 kerana tempat kejadian berhampiran dengan jalan utama dan kereka itu menuju ke arah lorong kawasan perumahan di situ."

Katanya jalan di kawasan itu agak lengang dan sunyi kerana kebanyakan penduduk keluar bekerja.

Tags / Kata Kunci: kes culik , ACP Hamzah Alias , Lembah Keramat

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan