PDRM Hantar Pulang 150 Kereta Curi Malaysia Dari Thailand Tahun Lepas

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 5:15 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar pulang kira-kira 150 kereta curi milik rakyat Malaysia yang ditemui semula di Thailand pada tahun lepas.

Pegawai Perhubungan PDRM Kedutaan Malaysia di Thailand ACP Fauzi Khan Ismail berkata kesemua kereta itu menjadi mangsa sindiket curi kereta yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan.

"Kereta yang dihantar pulang itu terdiri daripada kereta mewah seperti Mercedes Benz, BMW, Audi, Toyota, Honda dan pelbagai kereta mewah yang lain," katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan kereta curi Malaysia oleh Jabatan Kastam Thailand di ibu pejabat jabatan itu hari ini.

Majlis hari ini menyaksikan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thailand Kulit Sombatsri menyerahkan secara rasmi dua kereta curi Malaysia yang ditemui di negara itu kepada Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.

Selepas penyerahan itu, kedua-dua kereta curi itu, Toyota Estima dan Honda Accord akan dihantar pulang ke Malaysia.

Menurut Fauzi Khan, pihaknya akan berusaha menghantar pulang lebih banyak kereta curi Malaysia yang ditemui di Thailand pada tahun ini dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu.

PDRM katanya, perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang Thailand sebelum kereta curi Malaysia itu dapat dihantar pulang.

"Kita telah meminta 40 (kereta curi Malaysia) tetapi disebabkan prosedur perundangan, kita hanya dapat dua kereta secara rasmi hari ini manakala 18 kereta lain masih dalam proses lagi," katanya.

Menurutnya, kes melibatkan 18 kereta mewah itu berlaku pada 2014 di mana ia dicuri dan dibawa masuk ke Thailand menerusi pelabuhan Laem Chabang menggunakan kapal kontena dari Singapura.

Beliau juga difahamkan, Jabatan Kastam Thailand akan melelong sebanyak 337 kereta hari ini dengan 80 daripada kenderaan itu merupakan kereta curi Malaysia.

Tags / Kata Kunci: kereta curi , PDRM , ACP Fauzi Khan Ismail

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan