Lelaki Cedera Diserang Buaya Di Sungai Gong Ketereh

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seorang tukang perabut nyaris maut selepas diserang buaya ketika membersihkan jala di tepi Sungai Gong Ketereh, di sini.

Ibrahim Nor, 58, berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam pada Ahad lepas, beliau bersama tiga rakannya sedang membersihkan sampah yang melekat pada jala tersebut selepas menjala udang galah di sungai berkenaan.

"Ketika saya sedang membersihkan jala, tiba-tiba lutut dan betis saya digigit buaya. Selepas bergelut seketika, saya dapat melepaskan diri dan naik ke tebing sungai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tualang Rendah di sini, Selasa.

Ibrahim berkata tiga rakannya itu kemudian segera membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis di sini.

Akibat insiden itu, beliau cedera di paha, betis dan lutut kiri sepanjang kira-kira 20 sentimeter akibat gigitan reptilia itu.

Ibrahim berkata, beliau sedia maklum sungai berkenaan ada buaya kerana sebelum ini penduduk pernah melihat reptilia tersebut namun tidak menyerang mereka.

"Saya menangkap udang galah di sungai ini sejak 12 tahun lalu namun tidak pernah diserang buaya. Penduduk sekitar pernah mengingatkan saya supaya berhati-hati ketika menjala di sungai itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata pasukan peninjau jabatan itu akan dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

"Kita nasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya segera melaporkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan reptilia tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sungai Gong Keterah , Pasir Puteh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan