58 Lelaki Cuba Cetuskan Pergaduhan Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Polis menahan 58 lelaki dan merampas tiga bilah parang panjang serta sebilah pisau kerana disyaki cuba mencetuskan pergaduhan membabitkan dua kumpulan geng di Padang Speedy di sini awal Isnin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata bertindak atas panggilan daripada orang awam pada 12.05 tengah malam tadi memaklumkan akan berlaku pergaduhan, polis segera ke tempat kejadian dan menahan kesemua suspek berusia antara 20 hingga 62 tahun.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tiga bilah parang dan sebilah pisau disorok di dalam bonet dua buah kenderaan milik dua suspek yang boleh disabitkan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Malah semakan rekod jenayah serta saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas kesemua suspek mendapati dua lagi daripadanya memiliki rekod jenayah lampau. Keempat-empat ini masih ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Bagaimanapun, katanya, 54 suspek yang ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai.

Menurut Wan Hassan, pihaknya berterima kasih hasil atas panggilan orang awam itu yang membolehkan polis melakukan tindakan pantas mematahkan cubaan dua kumpulan geng itu daripada mencetuskan pergaduhan di tempat awam.

"Kesemua suspek yang ditahan ini rata-ratanya orang luar seperti dari Slim River, Perak Tengah, Tanjung Malim dan sebagainya.

"Siasatan awal mendapati cubaan bergaduh antara dua kumpulan kongsi gelap itu dipercayai kerana mahu berebut kawasan," katanya.

Sementara itu, Wan Hassan berkata pihaknya sedang giat mencari seorang lelaki, Suriakumar a/l Seetharaman, 23, dari Taman Fajar, Kampung Banjar di sini untuk membantu siasatan berhubung kes samun dua buah kedai serbaneka di sekitar Teluk Intan pada 16 Ogos dengan wang tunai yang dilarikan hanya RM30.

Kejadian samun itu berlaku di dua buah kedai serbaneka pada hari yang sama iaitu di Taman Ros pada pukul 1.15 pagi dan Taman Anson Industri pada 1.50 pagi.

"Suspek yang ketika itu bertopi keledar dan tidak bersenjata masuk ke kedai lalu mengambil mesin menyimpan wang tunai serta melarikan diri bersama seorang rakannya yang menunggu di luar kedai dengan menaiki sebuah motosikal.

"Namun hasil samun dua kedai serbaneka itu hanya kira-kira RM30.

Pekerja-pekerjanya pula terselamat daripada sebarang kecederaan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan