Wanita Melecur 80 Peratus Tong Gas Meletup - Berita Jenayah | mStar

Wanita Melecur 80 Peratus Tong Gas Meletup

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 1:08 PM

Letupan itu menyebabkan rumah teres dua tingkat berkenaan rosak teruk.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang wanita parah melecur teruk selepas tong gas memasak di kediamannya meletup akibat kebocoran.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, insiden berlaku pada awal pagi Isnin di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Saga Meru dekat sini.

"Tiada kebakaran, hanya letupan yang menyebabkan rumah rosak 90 peratus, bermula dari bahagian dapur sehinggalah ke tingkat atas," katanya.

Beliau berkata mangsa yang melecur hampir 80 peratus di badan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dengan menaiki ambulans.

Suaminya yang berusia dalam lingkungan 50-an hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital oleh jiran mereka.

Tiga anak pasangan suami isteri itu tiada mengalami kecederaan.

Lima rumah jiran berdekatan turut mengalami kerosakan akibat letupan itu.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca letupan.

Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Sungai Pinang dikejarkan ke tempat kejadian.
Tags / Kata Kunci: tong gas meletup , Taman Saga Meru
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan