Polis Pantau Pelajar Universiti Ada Kaitan Dengan Pengganas

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 2:31 PM

Noor Rashid Ibrahim

Noor Rashid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Polis sedang memantau rapi pelajar universiti yang mungkin dipengaruhi propaganda kumpulan radikal IS, kata Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata pemantauan tersebut amat penting kerana IS menjadikan golongan belia dan pelajar universiti sebagai sasaran.

"Kami sudah menahan individu seawal usia 16 tahun dan lain-lain yang juga pelajar yang ada kaitan dengan kumpulan itu," katanya pada sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Ahad.

"Ada segelintir daripada mereka yang baharu sahaja menyukai posting mengenai IS di laman media turut dipantau," katanya.

Noor Rashid berkata walaupun bilangan mereka yang terpengaruh tidak ramai, masih terdapat segelintir daripadanya yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas itu.

Mengenai Ops Cantas 2, Noor Rashid berkata polis merampas kira-kira 10 pucuk pistol dan berjaya mematahkan beberapa jenayah terancang.

"Kami akan terus meningkatkan usaha memerangi isu ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: IS , PDRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan