Namewee Ditangkap

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyanyi rap kontroversi, Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Lelaki itu ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dia akan direman pagi esok," katanya di sini, Ahad.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan telah menimbulkan  kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Namewee

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan