Serangan Seksual Antara Fokus Siasatan Kes Bunuh Edrus

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 10:17 PM

Mayat kanak-kanak yang ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang yang dipercayai Noor Amila Edrus Norsham, 5, dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat daripada pelbagai aspektermasuk culik untuk mendapatkan wang tebusan, dendam dan juga serangan seksual dalam kes pembunuhan Noor Amila Edrus Norsham.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata setakat ini, siasatan kesitu yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh, hanya melibatkan seorang individu.

Beliau berkata tempoh reman suspek utama kes pembunuhan kanak-kanak lima tahun itu, seorang lelaki berumur 26 tahun yang berakhir hari ini (Jumaat), disambung sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan.

"Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik, direman selama empat hari bermula Isnin lalu. 

"Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman suspek disambung sehingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama sambil menafikan suspek adalah etnik Rohingya sebagaimana dilaporkan beberapa media tempatan.

Pihak polis juga telah mengambil keterangan 10 individu termasuk isteri lelaki itu, anggota keluarga yang lain serta beberapa penduduk kampung yang mengenali suspek dan mangsa, katanya. 

"Ketika ditemui, mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu dalam keadaan meniarap dan tangan dan kakinya diikat dengan tali kabel.

"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak hari pertama dia dilaporkan hilang pada Khamis lalu (11 Ogos)," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kes Bunuh , Noor Amila Edrus Norsham.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan