'Datuk Dr' Ditahan Tipu Jual Kad Debit Didakwa Mengandungi RM80 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 9:48 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang wanita berperwatakan lelaki yang menggunakan gelaran 'Datuk Dr' ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan menjual kad debit yang didakwa mengandungi nilai RM80 juta di sini, Isnin lepas.

Wanita berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di perkarangan sebuah hotel di sini berikutan aduan daripada seorang kontraktor mendakwa ditipu sebanyak RM100,000 untuk mendapatkan kad debit itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kontraktor berusia 40 tahun itu mendakwa membayar RM100,000 kepada wanita terbabit dua minggu lepas dan mereka datang dari Selangor Sabtu lepas apabila wanita terbabit mengatakan akan memberikan wang dan kad debit itu di sini.

"Selepas dua hari wanita itu gagal memberikan wang atau kad debit, menyebabkan kontraktor berkenaan menyedari bahawa dirinya ditipu," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata siasatan polis mendapati wanita terbabit bekerjasama dengan seorang lelaki rakyat India dan beroperasi di Selangor untuk mencari mangsa dalam kalangan orang kaya untuk ditawarkan kad berkenaan dengan harga RM2 juta.

"Mereka juga dikatakan mempengaruhi mangsa dengan menunjukkan wang kertas pelbagai mata wang terutama dolar Amerika bagi menyakinkan bahawa kad debit berkenaan memang mengandungi wang," katanya.

Abdul Ghafar berkata setakat ini hanya seorang mangsa membuat laporan polis berhubung kes penipuan itu dan sehubungan itu polis meminta mereka yang ditipu wanita terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

"Kegiatan wanita itu sangat licik, malah mangsa langsung tidak tahu dia adalah seorang perempuan kerana berperwatakan lelaki dan menggunakan nama lelaki," katanya.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis merampas 104 keping mata wang USD1 juta setiap keping dipercayai palsu, pelbagai mata wang lain, cek bank, kad perniagaan dan beberapa dokumen perjanjian.

Beliau berkata wanita itu kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan usaha mengesan rakan sindiketnya yang berusia lingkungan 50-an serta dipercayai berada di Selangor giat dijalankan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Abdul Ghafar berkata sebanyak 32.265 kilogram dadah pelbagai jenis dan 900 biji pil eramin 5 bernilai RM1.25 juta dirampas selepas menahan seorang lelaki di Jelutong pada Selasa.

Beliau berkata lelaki berusia 32 tahun yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah itu aktif sejak enam bulan lepas.

"Polis percaya lelaki yang bekerja sebagai penjual burger itu mempunyai rangkaian sindiket di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain. Sindiket itu juga menjadikan rumah didiami suspek berkenaan sebagai tempat memproses dadah kerana kami turut menemui beberapa peralatan memproses dadah," katanya.

Beliau berkata polis turut menyita pelbagai barang milik lelaki terbabit bernilai RM74,685, antaranya motosikal Kawasaki ZX10, barang kemas dan wang tunai.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan