Budak Lelaki Ditinggalkan Di Tepi Jalan Beransur Pulih

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 9:10 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang mengalami pendarahan otak dan ditinggalkan di tepi jalan semakin beransur sembuh di hospital di sini.

Orang awam telah menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kotak di Jalan Ampang Baru 6 kira-kira pukul 1.30 tengahari, 30 Julai lalu sebelum dia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dia kini telah sedar dan mampu bernafas tanpa bantuan alat pernafasan.

Disyaki menjadi mangsa penderaan, polis menggesa saksi untuk tampil ke hadapan.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-524 9091 atau 05-245 1628/1629.
Tags / Kata Kunci: buang bayi , pendarahan otak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan