Tahanan Lelaki Larikan Diri Di Pekan

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 8:32 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seorang tahanan lelaki dilaporkan melarikan diri ketika dibawa dari lokap ke lokasi siasatan di kawasan Sungai Kampung Teluk, Pulau Rusa, dekat sini tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Pekan DSP Amran Sidek berkata suspek warganegara Kemboja yang dikenali sebagai Idris Mohd Ali, 36, meloloskan diri dalam keadaan tangan bergari pada 1 tengah hari semasa ke kawasan berkenaan untuk menunjukkan barang berkaitan satu kes curi.

Sehubungan itu, Amran berkata pihak polis sedang giat memburu suspek yang memiliki ketinggian kira-kira 1.7 meter dan berbadan gempal, berambut pendek serta berkulit sawo matang.

"Suspek juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Orang ramai yang ternampak kelibat suspek diminta supaya tidak bertindak sendiri atau cuba melindunginya sebaliknya memaklumkan kepada polis dengan segera untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melindungi dan bersubahat melindungi tahanan itu kerana boleh didakwa di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Amran berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah dan kecuaian anggota terlibat  menyebabkan suspek berjaya melarikan diri.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta segera menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan di talian 09-4221222 atau pegawai penyiasat Inspektor Noraziani di talian 012-6179703.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan