Mayat Ditemui Terapung Di Air Cetek - Berita Jenayah | mStar

Mayat Ditemui Terapung Di Air Cetek

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Orang awam dikejutkan dengan penemuan mengerikan apabila mayat seorang lelaki, yang tangan, kaki dan lehernya diikat, dijumpai di dalam air cetek di Putra Heights di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata mayat mangsa, yang identitinya masih belum dapat dipastikan, ditemui terapung kira-kira pukul 2.30 petang Rabu.

"Kami telah diberitahu bahawa terdapat mayat di dalam air cetek di Kampung Sungai Baru, Putra Heights, di sini.

"Pasukan forensik telah dihantar untuk menyiasat," katanya.

"Kami sedang menunggu pasukan forensik untuk memberikan maklumat lanjut," kata Mohammad Azlin.
Tags / Kata Kunci: mayat terapung , air cetek
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan