Wanita Maut Motosikal Dinaiki Langgar Babi Hutan

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BARU: Seorang wanita meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan babi hutan di Jalan Ulu Yam Baru-Sungai Tua di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Abdul Rahman Yahya Zikri berkata, wanita berusia 34 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja dengan suaminya apabila motosikal mereka merempuh haiwan itu kira-kira pukul 8.45 pagi Rabu.

"Motosikal itu terbabas berada di luar kawalan selepas melanggar babi hutan itu.

"Wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di kepala," katanya.

Difahamkan bahawa haiwan itu juga mati dalam kemalangan tersebut.

Lelaki itu menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Baru, di mana mayat isterinya dihantar untuk bedah siasat.
Tags / Kata Kunci: babi hutan , kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan