Jenazah 'Tuhan Harun' Dikebumi Di Raub Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jenazah ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' atau nama sebenarnya Harun Mat Saat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Talam, Raub, Rabu.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata jenazah Harun, 50, dikebumikan pada 12 tengah hari tadi.

"Jenazahnya, yang tiba kira-kira 5.30 pagi tadi dari Kuantan, kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu Talam pada 11 pagi ini. Sanak saudara serta kenalannya menghadiri pengebumian itu," katanya kepada Bernama Rabu.

Pada Selasa, Harun dilaporkan meninggal dunia pada 4.40 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selepas mengalami masalah pernafasan.

Harun dan lima lagi pengikutnya sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan berkonspirasi membunuh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiga tahun lepas.

Harun dan isteri ketiganya Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan tiga pengikut dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju membunuh Ahmad Raffli Abd Malek.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini pada 1.50 petang, 10 Nov 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 dan 120B (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: Tuhan Harun , Harun Mat Saat , ajaran sesat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan