Rugi Hampir RM3,000 Gara-Gara 'Wanita Cantik' Di Facebook

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus yang mahu meniduri seorang pelacur cantik yang menjadi rakannya di media sosial akhirnya kerugian hampir RM3,000.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 37, berkata dia telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Ann Ann di Facebook pada 23 Julai lalu.


"Dia benar-benar cantik. Saya berbual dengannya di WeChat dan dia mendedahkan bahawa dia adalah seorang pelacur dan menawarkan khidmat seks pada harga RM600 satu malam," katanya pada sidang media yang diatur oleh Biro Aduan Awam MCA, Isnin.


Loh berkata, wanita itu kemudian mengatur pertemuan dengannya di sebuah kedai berhampiran Sungei Wang Plaza di sini pada 11 Ogos tetapi dia tidak muncul.

"Saya kemudian menerima mesej daripadanya memberitahu bahawa saya perlu membeli 'Money Online' bernilai RM600 sebagai bayaran pendahuluan.

"Dia juga menuntut tambahan 'Money Online' bernilai RM2,000 sebagai 'yuran pengurusan risiko," katanya sambil menambah ia akan dibayar balik apabila urusan mereka selesai.


"Dia memberitahu saya bayaran itu untuk memastikan bahawa hanya seks semulajadi akan dilakukan tanpa melibatkan seks luar tabie."

Loh membayar RM2,600 tetapi itu urusan masih belum selesai.

Sejumlah RM3,000 lagi dituntut sebagai 'yuran insurans'.

"Seorang lelaki kemudian menghubungi saya dan mengugut untuk mematahkan kaki saya jika saya tidak membayarnya. Saya sekali lagi diberitahu bahawa wang itu dikembalikan," katanya.

Loh membuat bayaran sebanyak RM300 tanpa membayar bakinya apabila menyedari sesuatu yang tidak kena.

"Saya beritahu mereka bahawa saya sudah tiada wang dan lelaki itu mengugut untuk mendedahkan perkara ini kepada keluarga saya," katanya, sambil menambah dia segera membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong percaya terdapat lebih banyak mangsa di luar sana tetapi mereka terlalu malu untuk tampil ke hadapan.

"Wanita dalam gambar juga mungkin menjadi mangsa.

"Sindiket itu mungkin telah menggunakan gambar wanita yang tidak bersalah untuk menarik bakal mangsa," katanya, menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan