Kes Letupan Bom Di Phuket: Tiada Petunjuk Kad Sim Dari Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kad SIM dan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket, Thailand, belum menemukan sebarang bukti kukuh menunjukkan kad itu  berasal dari Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setiap kad SIM yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan  tertentu namun kad SIM berkenaan tidak memiliki ciri tersebut.

"Kita sudah buat pemeriksaan terhadap kad SIM itu dan juga telefon itu tetapi setakat ini ia tidak ada cukup bukti yang kad SIM itu dari Malaysia," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, Khalid berkata siasatan PDRM belum selesai sepenuhnya.

Media melaporkan bahawa Thailand meminta Malaysia untuk membantu menyiasat sebuah telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket pada Jumaat lepas yang didakwa berasal dari Malaysia.

Laporan Bernama yang memetik sumber itu berkata serpihan telefon bimbit bersama-sama nombor sirinya telahpun diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan