Polis Thailand Sahkan Hubungi PDRM Mengenai Isu Telefon Bimbit Dalam Pengeboman

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 8:00 AM

Telefon bimbit nombor siri Malaysia didakwa digunakan untuk meletupkan satu daripada bom di Phuket pada Jumaat lepas. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Diraja Thailand mengesahkan ia telah menghubungi rakan sejawatannya di Malaysia berhubung dakwaan mengenai penggunaan telefon bimbit Malaysia dalam satu daripada insiden pengeboman di selatan Thailand beberapa hari lalu.

Ketuanya Jen Chakthip Chaijinda berkata, Polis Diraja Thailand mendapat kerjasama yang baik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu.

"Kita telah menghubungi rakan sejawatan kita (Malaysia) mengenai perkara itu dan kita mendapat kerjasama baik daripada mereka (polis Malaysia)," kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat keselamatan, Isnin.

Beliau diminta mengulas laporan media dua hari lepas yang mendakwa bahawa satu daripada dua telefon bimbit yang dikatakan digunakan untuk meletupkan bom di selatan Thailand baru-baru ini mempunyai nombor siri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut laporan, telefon bimbit itu berasal dari Malaysia dan polis Thailand telah menyerahkan nombor siri telefon itu kepada rakan sejawatannya di Malaysia untuk mengesan pemiliknya.

Sumber itu yang memaklumkan maklumat tersebut kepada Bernama juga bekata, telefon bimbit itu digunakan untuk meletupkan satu daripada bom di Phuket pada Jumaat lepas.

Chakhthip juga ditanya oleh media sama ada telefon bimbit itu digunakan dalam aktiviti jenayah lain tetapi ketua polis itu tidak mahu menjawab sambil berkata ia maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia besar.

Beliau enggan menjawab soalan lain berhubung dakwaan telefon bimbit dari Malaysia itu digunakan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan juga ditanya oleh media mengenai isu telefon bimbit itu dan sama ada Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha akan membangkitkan isu itu semasa lawatan ke Malaysia, Selasa.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincangkan oleh Prayut dan Najib.

"Perdana Menteri (Jen Prayut) tahu apa yang akan dilakukan dalam lawatan ke Malaysia,"kata beliau ketika mengulas lawatan sehari Prayut ke Malaysia untuk menghadiri persidangan mengenai Strategi Lautan Biru di Putrajaya, Selasa.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan