Dua Maut, Tiga Cedera Terhidu Gas Di Loji Ammonia - Berita Jenayah | mStar

Dua Maut, Tiga Cedera Terhidu Gas Di Loji Ammonia

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut dan tiga lagi cedera selepas mereka dipercayai terhidu sejumlah besar gas semasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di tapak projek Samur (Sabah Ammonia Urea) di sini awal hari Selasa.

Lima lelaki termasuk seorang warga Malaysia, dikatakan telah melepaskan gas dari saluran paip dan berada terlalu dekat dengan puncanya dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sipitang Timbalan Superintendan Ag Md Arsad Ag Bakar mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata kejadian itu tidak akan memberi kesan kepada kawasan sekitar.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu dijangka akan dikeluarkan oleh Petronas Chemicals Group Bhd tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: ammonia , projek Samur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan